Make your own free website on Tripod.com
KE ARAH MASYARAKAT ADIL & BERMORAL

   

2001

MEDIA ALTERNATIF

BERITA BERITA SEMASA

 

 

Gani Patail Bakal Peguam Negara

Oleh Pena Suasa

18hb Mac -  GANI Patail sudah tahu dia disediakan untuk menjadi Peguam Negara, dalam tempoh setahun dua ini.Ini adalah habuan. Bukan dia seorang sahaja yang menikmati habuan kerana berjaya memenjarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebelum dia, Mohtar Abdullah diberikan habuan. Kini Mohtar sudah menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.

(gambar: (Majalah Detik yang telah diharamkan tanpa sebarang sebab oleh KDN)

Kenali Dusuki Ahmad dari dekat

Oleh Pena Suasa

18hb Mac -  ADA sebuah akhbar tabloid bernama Sejagat beredar di pasaran. Kalau tak silap, baru isu ke lima. Tajuk muka depan, Hadi Cabar Fadzil, merujuk pemilihan di Muktamar Pas, Mei depan.Mungkin ada pembaca yang terjumpa akhbar ini. Ia dipunyai oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dusuki Ahmad. Dusuki menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

(gambar: (Majalah Detik yang telah diharamkan tanpa sebarang sebab oleh KDN)

 

Laman  DetikDaily Diserang 

Begitu juga laman laman reformasi yang lain

Oleh Wartawan Pemuda

17hb Mac -  Laman web detik daily tidak dapat dibuka hari ini kerana diserang ,kemungkinan disebabkan oleh pihak pihak tertentu yang  tidak suka dengan pendedahan pendedahan berani daripada detik.daily .Untuk sementara waktu laman detik daily diganti dengan laman Pemuda.Pihak kami akan berusaha menyelamatkan laman detik.daily.

(gambar: (Majalah Detik yang telah diharamkan tanpa sebarang sebab oleh KDN)

Batalkan terus Ustaz, tak payah jumpa!

Dan mari kita lupakan saja isu perpaduan Melayu itu

Oleh Dinsman

Cukuplah setakat itu saja. Niat sebenar dia pun kita dah tahu. Pendirian PAS pun orang semua dah tahu. Cukuplah. Tak perlu nak jumpa dia lagi. Dia saja-saja nak jumpa saja, sebab perjumpaan itu sangat penting bagi dia.Dia cuma nak tunjukkan pada orang Melayu, yakni orang Melayu yang masih ada saki-baki yang menyokong dia, bahawa dia sanggup buat apa saja demi kepentingan Melayu. Dia sanggup, nak berjumpa dengan PAS pun tak apa, asalkan untuk kepentingan orang Melayu. Konon. Itu saja.  

(Gambar:Buku Menyanggah Fatwa -Fatwa Mahathir :RM 15.00)

Kerajaan terperangkap dalam jerat Ezam -- Musa Hitam

Oleh Wartawan Pemuda

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suhakam, Musa Hitam menolak dakwaan bahawa demonstrasi selalu membawa kekacauan, sebaliknya mengingatkan, undang-undang tidak menegah perhimpunan secara aman."Kalau ikut cara saya, dengan demonstrasi dibenarkan berdasarkan peraturan yang dipersetujui, kehadiran polis hanya minimal dan setakat stand by," katanya dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia

(Gambar:Buku Laporan Siasatan Anwar RM 15.00)

 

ADUN Umno acu pistol

Oleh Wartawan Pemuda

HULU LANGAT: Malam 26 Februari lalu akan menjadi igauan buruk selamanya buat seorang pesara Jabatan Perdana Menteri, Jaafar Mohd Arif, 58 tahun, apabila beliau mendakwa diacu pistol kira-kira tepat di kepalanya, dalam jarak dekat, oleh Ahli  Dewan Undangan Negeri Beranang, Ahamad Kuris Mohd Nor, di Kampung Bt 15, Bukit Kundang, dekat sini.

(Gambar.Jaafar Mohd Arif )

 5000 Peguam Gesa Adili Siapa Saja Nodai Sistem Kehakiman 

Oleh Wartawan Pemuda

KUALA LUMPUR: Proses mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap proses keadilan negara harus dimulakan dengan membetulkan segala kesilapan di masa lalu. Menurut kenyataan  Majlis Peguam  Kuala Lumpur (KLBC), satu suruhanjaya bebas hendaklah dibentuk dengan segera untuk menyiasat segala  salah laku kehakiman yang berlaku selama ini.

Runding Perpaduan Melayu Melalui Ahli Parlimen  PAS - Umno

Oleh Wartawan Pemuda

AHLI PARLIMEN  Parlimen PAS Kuala Kedah, Mohamad Sabu, dilaporkan oleh akhbar The Straits Times Singapura sebagai  berkata, PAS dan Umno lebih  berminat untuk saling menggunakan antara satu sama lain dalam isu rundingan perpaduan Melayu daripada benar-benar mahukan rundingan itu menjadi kenyataan. Beliau percaya bahawa rundingan itu akan gagal sekiranya kedua-dua pihak saling meletakkan syarat. Mohamad Sabu memberitahu, kedua-dua parti perlu terlebih dahulu mengadakan perbincangan yang informal dan tidak rasmi

(Gambar: Buku Pas Mampu Pimpin Malaysia RM 15.00 )

Azizah Gesa Semua Caj Rawatan Ke Atas Wanita Digugurkan 

Oleh Wartawan Pemuda

KUALA LUMPUR: Perlindungan dan hak  ke atas wanita tidak mungkin dapat  dilaksanakan jika kerajaan yang ada bersifat tidak telus. Penyalahgunaan kuasa yang berlaku secara terang-terangan sepertimana menyalahgunakan wang  KWSP, Tabung Haji dan ASN  untuk menyelamatkan sekumpulan ahli perniagaan tertentu adalah bukti  pentadbiran tidak telus dilaksanakan.Presiden keADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, lebih 50 peratus penyimpan ASN kaum wanita. Ini akan menjejaskan pendapatan dan pulangan yang sepatutnya

(Gambar:Buku Diari Lokap "Black 14" Rm 12.00)

Bina  Lebih Banyak Sekolah Cina-DAP 

Oleh Wartawan Pemuda

KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan membina lebih banyak sekolah Cina memandangkan terdapat keperluan segera terhadapnya.Pengerusinya, Lim Kit Siang berkata, sekolah rendah Cina yang baru perlukan didirikan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bukan sahaja dari kalangan masyarakat Cina malah dari masyarakat bukan Cina juga.

(Gambar:Buku "Mufti Vs Mahathir " RM 10.00)

Arkib Pemuda.......

 

Kami  mengalu-alukan kepada pengunjung pengunjung menghantar rencana,berita dan sebagainya.

Sila emailkan pandangan,kritikan serta apa jua idea anda kepada saya melalui email :-
pemuda99@yahoo.com

BERITA SANA SINI

PKNS Shah Alam haramkan semua penerbitan pembangkang

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui surat pemberitahuan bertarikh 14hb Feb 2001,yang ditandatangani Hajah Junaidah Mohd Yusof bagi pihak Pengurus Besar PKNS mengeluarkan arahan: "Dilarang sama sekali mengedar/menjual barang serta bahan cetak yang diedarkan oleh pembangkang",.

Filem Tjoet Nya Dhien dibatalkan kerana Azizah ?

Filem hebat Tjoct Nya Dhien,lakonan Christine Hakim yang dijadual ditayangkan oleh NTV7 pada hari raya korban lalu dibatalkan di saat-saat akhir.Ia mengisahkan kehebatan perjuangan politik seorang wanita Acheh,yang terpaksa terjun ke dunia politik selepas suaminya,Teuku Umar dibunuh Belanda.Filem arahan  Eros Djarot ini tersenarai antara filem bermutu di Pesta Filem Cannes 1989.Munbgkinkah pembatalan tayangannya itu supaya penonton tidak menyamakan Tjoet Nya dengan Dr Wan Azizah Di Malaysia ?

KDN Gantung Pengedaran Asiaweek,Review:Memalukan!

TINDAKAN KDN menangguhkan pengedaran Asiaweek edisi 2 Mac dan Far Eastren Economic Review edisi 1 Mac, sehingga lewat selama tiga minggu dibantah Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) yang beribupejabat di New York.Ia dipercayai ada kaitan dengan beberapa artikel yang mengkritik Mahathir dan mengaitkan tokoh kerajaan Malaysia dengan perjuangan radikal Islam di Filipina.Maka,semakin kelam dan buruklah imej Malaysia dalam hal kebebasan media.

Khir Toyo Cabar Hisham Untuk Kerusi Ketua Pemuda

MENTERI Besar Selangor,yang juga anggota Exco Pemuda Umno,Khir Toyo,diakatakan sedang bersiap mencuba nasib bagi jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pimilihan akan datang.Menggunakan kedudukannya sebagai ketua kerajaaan di sebuah negeri termaju di Malaysia,khir dikatakan me,punyai kelebihan,apatah lagi kepimpinan sedia ada di bawah Hishamuddin Hussein dipersoalkan umum.

Aktivitis KeADILan dakwa dipijak polis

PENOLONG Setiausaha Pemuda  KeADILan ,Diong Chi Tzuoh mendakwa polis memukulnya ketika beliau sedang bersurai dari satu acara menyalakan lilin dan menyayaikan lagu di luar balai polis Jalan Tun HS Lee sebagai membantah penahanan Ezam.

Tambah Diong,tangannya ditarik ke belakang dengan kasar dan beliau ditolak ke atas jalan dan dipijak untuk beberapa ketika.Beliau kemudiannya membuat laporan polis.

IKLANEKA

Majalah In Diterbitkan Oleh Penerbitan Pemuda .Dapatkan Dipasaran Dengan Harga RM 1.00

 

 

DI SEBALIK TABIR

Ketua Pengarang

Ahmad Lutfi Othman

 

Editor 

Dinsman

 

Wartawan

Mohd Nor Abd Samad

Rozliza Morad

 

Web Master

Zabidi Morad

zabidi_detik@hotmail.com

 

BEBASKAN MEDIA !!!

LINK LINK PILIHAN 

  PartiIslamSeMalaysia
  Parti Keadilan
  DAP
  Parti Rakyat Malaysia
  ABIM
  Jemaah IslahMalaysia
  Majlis BAR Malaysia
  BP Pas Kelantan
  BP Pas Terengganu
  PAS Ampang Jaya
  Pas Taman Saujana
  Pas Parit Buntar
  Pas Kajang
  Laman Pas Lain
 Tranung Kite
  Fitnah e-UMNO
   Minda Rakyat
  Komentar
  Mahazalim Two
  Mahafiraun 2020
  Al-Islah
  Berita Hairan 2
  Utusan Meloya
  IQPortal
  tMK Kini-eGraups
  Laman Jebat 2020
  Newskini
  Pemantau II
  LamanNTzalim

  DETIK Daily
  Majalah Detik
  Majalah AL-Wasilah
  Harakah Daily
  Malaysiakini.com
  Bernama
  The Star
  Warta Terengganu
  Nadi KeAdilan
  Aliran
  Majalah Popolur
 Kartun Reformasi

Anwar Photo Gallery

Online News from AFP

ST Singapore

BBC News

CNN Interactive

Berita Harian Singapura

  Forum Tuan Guru
  Forum Negara
  ForumGerak-Reformasi
  Diskusi Reformasi
  Terengganu Baru
  Ust Shamsuri Online
  Gerak Usrah
  Buletin PDT Setiu
  Hackerz Paradize
  Laman Salamku(Sains)
  Chnl. Harakah DALnet
  Web Al-Islam
  Mimbar 98
  Skali Forum
  Membina Laman Web  

  Proxy UtkKeselamatan  

  Pelbagai Pilihan Lain
  Waktu Waktu Solat