KE ARAH MEMBENTUK MASYARAKAT

 ADIL& BERMORAL

Bina Lebih Banyak Sekolah Cina - DAP

KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan membina lebih banyak sekolah Cina memandangkan terdapat keperluan segera terhadapnya.

Pengerusinya, Lim Kit Siang berkata, sekolah rendah Cina yang baru perlukan didirikan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bukan sahaja dari kalangan masyarakat Cina malah dari masyarakat bukan Cina juga.

 “Terdapat kira-kira 70,000 pelajar bukan Cina sedang menuntut di sekolah rendah Cina di negara ini. Jumlah ini sahaja memerlukan kira-kira 120 buah sekolah Cina yang baru,” katanya di persidangan “Keperluan Bahasa Ibunda dalam Rancangan Malaysia ke-8”.

“Walau bagaimanapun, jumlah sekolah Cina tidak berganda sejak beberapa tahun yang lalu, malah sebaliknya, kurang 49 buah sekolah. Hal ini tidak selari dengan kadar kemasukan yang berganda daripada 310,000 dalam 1957 kepada 620,000 dalam 2000,” katanya.

Dengan mengambil daerah Petaling sebagai contoh, Lim berkata di kawasan itu hanya terdapat 14 buah sekolah untuk menampung lebih 25,000 orang murid.

Beliau berkata, dalam 1968 terdapat kira-kira 2,700 buah sekolah rendah kebangsaan dan jumlahnya meningkat kepada 5,407 dalam 2000, sejajar dengan pertambahan jumlah pelajar.

Mengikut pengiraannya, kata Lim, setiap pertambahan purata 588 orang pelajar, sebuah sekolah baru akan dibina. Kalau prinsip yang sama dipakai untuk sekolah Cina, maka jumlahnya tentulah bertambah.

Persidangan mengenai pendidikan bahasa ibunda Cina itu telah merusmuskan lima perkara:

·        membina 250 buah sekolah Cina baru di bawah Rancangan Malaysia Ke-8

·        menyediakan peruntukan khas berjumlah RM1 bilion bagi membantu 60 buah sekolah rendah Cina persendirian dan dan pembiayaan 120 buah sekolah rendah Cina dalam masa lima tahun berikutnya.

·        membenarkan pembinaan sekolah baru atau memberbaiki keadaan sekolah rendah Cina persendirian yang sedia ada.

·        pengiktirafan kerajaan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), dan

·        menjadikan Bahasa Ibunda Pelajar sebagai matapelajaran wajib bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

DAP juga akan mengadakan rundingan meja bulat berhubung pendidikan bahasa Tamil di Ipoh pada 18 Mac nanti.

DISINI TAMAT

BEBASKAN MEDIA !

KEMBALI