KE ARAH MEMBENTUK MASYARAKAT

 ADIL& BERMORAL

Runding perpaduan Melayu melaui Ahli Parlimen PAS-Umno

AHLI PARLIMEN  Parlimen PAS Kuala Kedah, Mohamad Sabu, dilaporkan oleh akhbar The Straits Times Singapura sebagai  berkata, PAS dan Umno lebih  berminat untuk saling menggunakan antara satu sama lain dalam isu rundingan perpaduan Melayu daripada benar-benar mahukan rundingan itu menjadi kenyataan. 

Beliau percaya bahawa rundingan itu akan gagal sekiranya kedua-dua pihak saling meletakkan syarat. Mohamad Sabu memberitahu, kedua-dua parti perlu terlebih dahulu mengadakan perbincangan yang informal dan tidak rasmi.

Untuk mengadakan pertemuan informal dan tidak rasmi itu, tidak perlu dirancang sepertimana sekarang, kerana kedua-dua parti mempunyai Ahli Parlimen masing-masing dan mereka boleh bertemu pada bila-bila masa sahaja.

Mohamad Sabu yang juga terkenal sebagai pemimpin PAS yang lantang, dikatakan antara pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan pertemuan itu yang dilihatnya lebih banyak memberikan kelebihan politik kepada   Umno.

Beliau seringkali mengingatkan pemimpin PAS supaya mengingati kembali pertemuan Umno-PAS pada tahun 1974, apabila berakhir dengan Pas menyertai BN.  PAS dikatakan  menjadi parti yang tidak mampu membina kekuatan sendiri malah dipermainkan selama berada dalam BN.

Selepas empat tahun berada dalam BN, PAS ditendang begitu sahaja dan kehilangan negeri Kelantan yang telah diperintah oleh PAS selama 20 tahun.

Apabila usul pertemuan itu dibuat, Presiden PAS, Ustaz  Fadzil Noor memberi jaminan kepada ahli PAS yang bimbang ia akan merugikan Pas, bahawa Parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan BN. Malah perkara yang sama turut dinyatakan oleh   Mahathir Mohamad, bahawa dia tidak mengundang PAS menyertai BN.

BEBASKAN MEDIA !

KEMBALI