KE ARAH MEMBENTUK MASYARAKAT

 ADIL& BERMORAL

Gani Patail Bakal Peguam Negara

Oleh Pena Suasa

GANI Patail sudah tahu dia disediakan untuk menjadi Peguam Negara, dalam tempoh setahun dua ini.

Ini adalah habuan. Bukan dia seorang sahaja yang menikmati habuan kerana berjaya memenjarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebelum dia, Mohtar Abdullah diberikan habuan. Kini Mohtar sudah menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.

Di kalangan orang-orang politik, mereka yang mendapat habuan kerana berkonspirasi menjatuhkan Anwar ialah Aziz Shamsuddin, Daim Zainuddin, Hamzah Zainuddin, Azmi Khalid, Adnan Mansor (jangan sebut Tengku sebab dia bukan dari keturunan Tengku) dan ramai lagi.

Itulah sebabnya, Gani mencadangkan supaya Mohd Ezam Mohd Nor dikenakan ikat jamin RM 50,000 bagi menyedapkan hati Dr. Mahathir yang sudah menjanjikannya kerusi Peguam Negara.

Gani sudah menyusun strategi untuk menjatuhkan Peguam Negara sekarang bagi mempercepatkan lagi proses dia untuk ke kerusi Peguam Negara.

Kisah seorang yang menembak orang lain di Seremban boleh dijamin, ada kena mengena dengan usaha memalukan Ainom.

Rakyat tunggu, apakah saya menuduh tanpa asas atau benar-benar apa yang saya tuliskan ini.

Gani Patail disediakan untuk menjadi Peguam Negara dan Aseh Che Mat disediakan untuk menjadi KSN.

Dr. Mahathir mahu mencorakkan Malaysia ikut suka dia dan beri habuan sesiapa sahaja yang membantunya menjatuhkan Anwar.

Kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan Parti Keadilan Nasional (KeADILan), ia mesti ditekan, diselewengkan dan dimalukan. Nanti, dapat habuan kalau berjaya menekan.

Sekarang, sesiapa hendak jawatan, walaupun tidak ada kelulusan, buat kerja-kerja yang boleh melemahkan pembangkang dan ampu Umno. Gani Patail sedang memulakannya dan kalau ada kes menembak lagi, Gani boleh minta ia dijamin. Gani Patail bukan keturunan baik. Dia bangsa bangsat yang perlu diajar.

Tumbangkan kerajaan pimpinan Mahathir untuk menyekat segala keburukan ini. 

BEBASKAN MEDIA !

KEMBALI