KE ARAH MEMBENTUK MASYARAKAT

 ADIL& BERMORAL

Kenali Dusuki Ahmad dari dekat

Oleh Pena Suasa

ADA sebuah akhbar tabloid bernama Sejagat beredar di pasaran. Kalau tak silap, baru isu ke lima. Tajuk muka depan, Hadi Cabar Fadzil, merujuk pemilihan di Muktamar Pas, Mei depan.

Mungkin ada pembaca yang terjumpa akhbar ini. Ia dipunyai oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dusuki Ahmad. Dusuki menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

Dia pernah menjadi penerbit drama kerana dia ada contact yang baik dengan RTM kerana dia bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan.

Hari ini, dia buat suratkhabar untuk melaga-lagakan Pas. Dia mengambarkan Ustaz Fadzil sudah sepatutnya mengundurkan diri dan Pas perlu dipimpin Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

Dusuki sebenarnya mempunyai matlamat serampang dua mata. Pertama, dia mahu memainkan peranan melaga-lagakan kepimpinan Pas untuk memberitahu Dr. Mahathir, dia ada peranan untuk kembali menguatkan Umno.

Dalam otak dia yang cetek, dia beranggapan, jika Pas bergolak, Umno akan kembali kuat. Jika benar-benar Ustaz Fadzil berlawan dengan TG Haji Hadi, Pas akan berpecah. Dia anggap begitu, kerana dia duduk dalam Umno.

Dia nampak, bila Tengku Razaleigh lawan Dr. Mahathir, Umno berpecah. Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberhentikan, Umno berpecah. Maka, Dusuki percaya dengan fikirannya, bahawa Pas akan berpecah jika Presiden dilawan Timbalan Presiden.

Suratkhabar yang entah laku entah tidak ini tinggal nyawa-nyawa ikan. Kadang-kadang terbit dua minggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali.

Nasib baik ada tauke bernama Senator Mohamad Ghani membayar iklan, dapatlah isu ke lima ini dicetak. Jika tidak, nescaya gaji editornya, Aziz Talib yang baru berhenti kerja dari Kumpulan Karangkraf mungkin tidak dapat dijelaskan.

Para pembaca sekelian, berhati-hati dengan permainan ‘kuntau’ tauke filem yang sering berdampingan dengan artis-artis seksi ini. Berhati-hati kerana dia yang duduk dalam jawatankuasa teknikal Umno, pernah dikaitkan ada hati nak tackle pelakon Connie. Nasib baiklah tak jadi, kalau tidak, mungkin majlis persandingannya tujuh hari tujuh malam.

Dusuki jangan pura-pura terkejut. Dusuki jangan buat-buat melatah dan kononnya fitnah. Nanti, ada pula yang mengajak dia bersumpah Quran.

Cuba tanya dengan dia, berapa banyak duit Datuk Seri Tiong (Ahli Parlimen Bintulu) digasaknya. Orang agama dalam Umno tidak ada moral langsung. Banyak lagi rahsia Dusuki akan didedahkan. Dia juga pernah dihebohkan kena tangkap khalwat di Kelantan. Khabarnya dengan seorang guru Kemas. Tungguuuuuuuuuu!

BEBASKAN MEDIA !

KEMBALI