Make your own free website on Tripod.com

     

Tujuh peniaga ditahan ekoran demo 5 November

Oleh Wartawan Detikdaily

22 Nov, Kuala Lumpur, 10.30 mlm.

Difahamkan seramai tujuh orang peniaga bahan-bahan penerbitan bercorak reformasi telah ditahan polis lewat petang ini kerana disyaki menjual VCD, kaset, akhbar-akhbar politik (Debat,Roket dan Harakah) dalam satu operasi di sekitar Kuala Lumpur.

Mereka kini di tahan di IPK, Kuala Lumpur dan kemudiannya dipindahkan ke Balai Polis Dang Wangi dan dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pagi esok.

Bagaimanapun menurut sumber, pihak polis masih belum dapat menentukan di bawah peruntukan mana pertuduhan akan dikenakan.

Tindakan mengejut pihak polis bersama Unit Penguatkuasaan KDN itu dipercayai ekoran meluasnya jualan bahan-bahan penerbitan berkaitan isu keganasan polis dalam demonstrasi 100 ribu rakyat di lebuhraya KESAS 5 November lalu.

Menurut sumber, jualan bahan-bahan tersebut terutamanya VCD yang merakamkan secara jelas visual tindakan ganas polis kepada peserta perhimpunan aman itu cukup menggalakkan sekali.

Sementara itu, ramai pekedai buku dan kaset di sekitar kawasan operasi telah menutup operasi telah menutup premis perniagaan masing-masing hari ini dan juga esok.

Orang ramai yang ditemui mengutuk keras tindakan pihak polis itu.


PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"