Make your own free website on Tripod.com

     

Saifuddin Nasution, pilihan terbaik pengundi Lunas

Oleh Wartawan Detik

Pengundi Lunas mempunyai kesempatan terbaik untuk memilih wakil paling berwibawa, Saifuddin Nasution Islamil, calon Barisan Alternatif, yang dipercayai akan berkhidmat dengan cemerlang jika terpilih pada pilihan raya 29 November ini.

Saifudin, anak muda berjiwa cekal ini, dengan bekalan pengalaman politiknya yang pelbagai, diyakini dapat memikul tanggungjawab dan amanah pengundi Lunas dengan jayanya. Tidak syak lagi, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan ini, dapat diharapkan untuk menyuarakan kepentingan rakyat pelbagai kaum, khususnya golongan bawahan.

Lebih penting lagi inilah peluang keemasan buat pengundi Lunas, mewakili rakyat Kedah prihatin dengan keadilan dan prinsip pemerintahan yang baik, untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Undangan Negeri Kedah.


PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"