Make your own free website on Tripod.com

     

Malaysia terima 2 anugerah dari CPJ tahun 2000

Oleh LTL

Semasa saya membaca artikel-artikel dilaman web Malaysiakini, saya mengetahui Steven Gan ketua editor laman web tersebut telah berjaya memenangi anugerah International Prees Freedom oleh Committee to Protect Journalists (CPJ) yang berpengkalan di New York. Anugerah itu akan disampaikan kepada 5 orang wartawan yang telah dipilih sempena menyambut ulangtahun ke 10 anugerah media pada 21 November 2000. Sementara itu pada bulan Mei tahun ini juga, Malaysia yang diwakili oleh Perdana Menteri Mahazalim antara 10 buah negara disenaraikan sebagai musuh media (ten worst enemies of the press) Anda boleh melawat laman web di www.cpj.org

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Steven Gan anak Malaysia pertama memenangi anugerah tersebut. Saya terharu sampai menitiskan air mata kerana akhirnya ada wartawan online kita dihargai bukan oleh orang sendiri tetapi orang luar. Sebelum ini ada orang yang mengatakan yang bukan-bukan mengenai orang luar. Orang luar ingin menjajah Malaysia semula. Sudah tentu tersinggung perasaan orang luar mengenai kenyataan tidak bertanggungjawab orang ini. Selepas itu salahkan BA pula kerana burukkan negara. Kalau orang ini burukkan negara sendiri tak apa, kalau orang lain (BA) burukkan negara dengan bertujuan untuk menyatakan kebenaran tak boleh. Kau orang tahulah siapa orang yang saya maksudkan.

Berita-berita yang telus, sahih dan kritis tidak disiarkan di akhbar kerajaan. Hanya berita-berita baik mengenai negara dibenarkan, sementara berita-berita buruk terus diblackout, jangan harap disiarkan. Selepas pemecatan DSAI, laman-laman web mula ditubuhkan macam cendawan tumbuh selepas hujan untuk membantah tindakan kerajaan yang semakin melampau. Hak kebebasan media telah disekat dan dicabul sudah berlaku sebelum pemecatan DSAI. Memang sudah ada penerbitan seperti Aliran dan Harakah yang memuatkan berita-berita yang lebih kritis dan telus. Oleh kerana internet satu-satunya media yang belum lagi dikawal oleh kerajaan dan permit penerbitan seperti Detik, Eksklusif dan Al-Wasilah tidak disambung, maka internet dijadikan saluran utama bagai wartawan dan penulis meluahkan perasaan mereka untuk berkongsi pendapat bersama mengenai hal-ehwal yang berlaku di Malaysia.

Sekurang-kurangnya pengorbanan wartawan-wartawan laman web anti kerajaan dihargai oleh CPJ. Tidak sia-sia perjuangan wartawan-wartawan kita. Kalau tidak keterlaluan, anugerah yang diberikan kepada Steven Gan adalah kejayaan bersama. Diharap anugerah itu dijadikan inspirasi buat wartawan dan penulis laman-laman web anti kerajaan. Perjalanan masih jauh penuh dengan dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi dengan kesabaran yang tinggi. Perjuangan mesti diteruskan untuk menyiarkan berita-berita yang membongkar segala rahsia, kepincangan, kelemahan dan salahlaku kerajaan. Orang ramai amat dahagakan berita-berita seperti ini. Orang-orang yang masih menyokong kerajaan ternyata tidak suka berita-berita seperti ini disiarkan di internet. Mereka mengatakan yang bukan-bukan kepada wartawan dan penulis yang hanya pandai kritik kerajaan, tidak patriotik, tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan yang memberikan pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat. Artikel-artikel saya yang telah disiarkan mendapat kritikan kata-kata pedas melalui forum. Sebagai penulis jalanan saya tidak akan berhenti dan akan terus menulis apa yang saya fikir benar. Ternyata artikel-artikel saya memberi kesan yang mendalam yang mendapat reaksi negatif dari mereka.

Kenapa Mahazalim dan kerajaan tidak meraikan kejayaan Malaysia yang gilang-gemilang? Kenapa berita mengenai kejayaan ini tidak mendapat tempat di akhbar kerajaan? Tak kan nak diblackout begitu saja? Bagilah orang ramai kat kampung tu tahu mengenai kejayaan Malaysia. Tak kan nak main sorok-sorok berita kejayaan Malaysia! Tak acilah macam ni. Bukan senang dapat anugerah musuh media kali kedua berturut-turut. Ini adalah satu kejayaan yang patut dibanggakan oleh Mahazalim. Kejayaan ini lebih megah dan lebih hebat daripada kejayaan Mahazalim seperti mahligainya, KLCC, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Bakun, Litar F1 Seepeng (ikut sebutan orang putih) dan LARIBA award. Alamak! Maafkan aku, aku hampir terlupa masa itu bulan Mei, mungkin kerajaan tengah sibuk buat skrip sandiwara bodoh rompakan senjata oleh Al-Ma’unah yang telah dipertontonkan kepada rakyat Malaysia pada 2 Julai 2000. Mana ada masa raikan kejayaan ini. Saya rasa belum lagi terlewat Mahazalim dan kerajaan BN meraikan kejayaan Malaysia pada alaf baru ini. Biar rakyat Malaysia tahu anak Malaysia (Mahazalim) mendapat kejayaan yang amat gilang-gemilang di pentas dunia. Inilah dikatakan Malaysia serba Boleh, Mahazalim Boleh, Keranamu Mahazalim. Belum terlambat lagi saya mengucapkan berbillion-billion ringgit tahniah kepada Mahazalim (sesuai dengan statusnya yang mempunyai duit berlambak-lambak)


PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"