Make your own free website on Tripod.com

     

Jumpa lagi di perhimpunan 100,000 rakyat di KLIA

Oleh Reformis Jalanan

Tahniah kepada penganjur dan rakyat Malaysia yang telah turun ke padang dalam Perhimpunan 100,000 rakyat pada 5 Nov 2000 untuk memperjuangkan demokrasi dalam negara yang semakin menghimpit hak rakyat ini. Akibat dari pemerintahan kuku besi Barisan Nasional UMNO hari ini, rakyat tidak dibenarkan berhimpun kecuali berhimpun untuk UMNO atau oleh UMNO walaupun tidak ada permit sepertimana yang dibuat oleh Pemuda UMNO di Putrajaya baru2 ini. Rakyat telah membuat permohonan permit banyak kali untuk mengadakan pelbagai perjumpaan aman (ceramah, hari keluarga, sukaneka, perhimpunan rakyat) tetapi hampir kesemua permohonan ditolak diseluruh negara. Norian Mai, Ketua Polis Negara, hari ini membuat kenyataan dalam Berita Hairan, bahawa polis sedia memberi permit (kepala hotak dia? Apa punya Ketua Polis, cakap macam budak2).

Saya turut berkesempatan sama berada di tempat kejadian malah menawarkan diri menjadi sukarela menjadi benteng di barisan depan bersama rakyat Malaysia yang lain untuk melindungi ke empat2 Presiden dari diserang dan dipancut air gas oleh FRU. Saya sempat menyaksikan beberapa kejadian kezaliman dan kebinatangan polis FRU tehadap orang awam. Mahathir dan Dollah Badawi serta Norian MAi bertanggungjawab di atas darah orang awam yang tumpah ke bumi. Akibat dari sekor manusia yang zalim ini, rakyat terpaksa bermandi darah.

4 orang anak muda dalam sebuah kereta merah proton iswara dikejar polis tanpa sebab dalam kesesakan kereta. Polis terus memecahkan tingkap cermin anak muda belasan tahun ini dan memukul pemandunya tanpa sebarang pertanyaan dan mengheret serta memukul tiga lagi penumpang kereta tersebut.

Polis menyembur air gas dan menembak gas pemedih mata ke arah orang yang terperangkap di hi-way walaupun di sana terdapat ramai orang termasuk kanak-kanak kecil (paling kecil depan saya berumur 10 bulan, apabila ditanya), dan terdapat orang perempuan/lelaki tua, dan orang2 perempuan di dalam kereta.

Di Jalan Kebun, polis menyerbu rumah-rumah orang kampung dan menangkap orang-orang kampung termasuk orang-orang yang baru saja selesai solat zuhur. Serupa askar Yahudi tangkap dan serang orang Islam Palestin dalam masjid di Palestin.

Di tepi hi-way dekat Bkt Kemuning, orang-orang Indon yang sedang duduk memerhati dari jauh juga ditempak dengan gas pemedih mata.

FRU menangkap dan membelasah orang ramai yang tidak sempat lari menyelamatkan diri termasuk orang awam yang tidak tahu apa-apa. Memang FRU ini bagaikan binatang anjing yang apabila dibunyikan loceng, mereka serang. Dibunyikan loceng sekali lagi, mereka berpatah balik. Dibunyikan dua kali berturut2, mereka masuk trak. Memang macam binatang. Kalau ada saudara mara kita yang jadi FRU, suruh berhenti ajalah; carikanlah kerja lain untuk mereka daripada dilaknat oleh Allah dan manusia seluruhnya.

Dalam keadaan terperangkap di hi-way itu, ada orang yang lapar dan dahaga. Ada anak-anak kecil yang nak minum susu. Ada orang tua yang sudah tidak larat. Ada orang perempuan yang terlalu letih berada di bawah panas matahari. Tetapi polis FRU tidak peduli itu semua. Mereka terus menghujani kami semua dengan air gas dan gas pemedih mata. Itulah arahan Mahathir, Mahafiraun, Mahazalim kepada polis. Dollah Badawi sebagai Menteri Dalam Negeri juga bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku ini. Kami tetap melaknat kamu berdua sampai akhir hayat kami.

Dalam keadaan yang begitu sesak itu, saya sempat bertanya kepada ramai orang di sana apakah sekiranya ada satu lagi panggilan untuk demo di hi-way, mereka sedia turun. 100% kata mereka sedia turun. Tidak kurang 50 orang yang saya tanya dalam catatan nota kecil saya, mereka bersedia untuk turun lagi, dan kali ini perlu dirancang dengan lebih rapi. Malah ada seorang korporat yang membawa Merc. mata belalang menyarankan supaya perhimpunan 100,000 orang yang akan datang dibuat di hi-way KLIA. Saya kira itu cadangan yang cukup baik!!!!

Katanya kalau kita demo di bandar, polis dan FRU boleh blok kita, tetapi kita demo di hi-way, kita yang blok mereka. Malah polis FRU tidak berani secara terpisah-pisah (isolated) masuk celah-celah kereta kerana kalau silap hari dalam kereta ada parang, kayu, belantan dan senapang yang menghujani kepala2 FRU binatang ini.

Kalau demo yang dirancang di KESAS berjaya, maka di KLIA lebih mudah lagi. Kita mesti buat, katanya. Kalau di KESAS banyak kontena tersangkut tak sampai ke Pelabuhan Kelang tetapi kali ini, kalau kita di hi-way KLIA, maka sudah pasti banyak kapalterbang yang tidak akan naik. Kita mesti beri tekanan kepada Mahathir dan Dollah Badawi in supaya mengembalikan hak rakyat.

PERHIMPUNAN 100,000 orng rakyat MAlaysia akan datang di KLIA! sekiranya Mahathir dan Dollah tidak memberikan permit kepada kita untuk berkumpul di Stadium Bukit Jalil. Stadium ini dbuat dengan keringat dan duit rakyat, mengapa kami tak boleh sewa dan gunakan Stadium ini? Mengapa?

Semarakkan perjuangan rakyat! RE-for-ma-si 3x Allahuakbar!


PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"