Make your own free website on Tripod.com

     

Lagi bantahan terhadap keganasan
polis di Jalan Kebun

Oleh Anti Kezaliman

Rakyat yang tidak berdosa dibelasah,disembur dengan air beracun dan ditembak gas pemedih mata tanpa diberi peluang yang sewajarnya untuk bersurai.Rakyat yang hanya mahu berkumpul dan menyatakan hak dan tuntutan mereka diserang tanpa belas kasihan.Wanita dan kanak-kanak tidak terkecuali dari dikasari.

Kenderaan awam dibocorkan tayar,dipecahkan lampu,dikemekkan badan,cermin dipecahkan,dirempuh trak dan dibaling ke tepi sehingga patah tayar oleh agen-agen upahan pemerintah yang zalim.

Orang awam ditahan dengan sewenang-wenang nya seperti hanya mahu melepaskan dendam kesumat .

Namun demikian rakyat akan terus berjuang dan dengan pertolongan Allah swt,kemenangan pasti datang.

Rahmat Allah swt boleh dirasai sedikit sebanyak.Bagus juga perhimpunan tersekat di atas lebuh raya dan tidak di jalan kebun.Kalau tidak ramai lagi yang dikepung dan dikasari.Bagus juga di atas jalan raya,deretan kenderaan menjadi perisai dari kekasaran bersangatan FRU.Bagus juga di atas lebuh raya,orang awam yang berkecuali dapat melihat sendiri santunan rakyat yang dahagakan keadilan Islam,dan dapat menyaksikan sendiri kezaliman orang upahan pemerintah yang sudah terkenal seantero dunia dengan kemahazalimannya.Hujan yang pada mulanya lebat,berhenti dan menyejukkan cuaca.


PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"