Make your own free website on Tripod.com

     

Penerbitan Pemuda dihadapkan
ke mahkamah
22 November ini kerana terbit akbar tanpa permit
Oleh Wartawan Detik

1 Nov - KUALA LUMPUR : Kerajaan memulakan tindakan undang-undang ke atas penerbitan politik tidak berkala apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan saman ke atas Penerbitan Pemuda kerana menjual 545 naskah Haraki, yang dikatakan tidak mempunyai permit.

Pihak Penerbitan Pemuda dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 22 November depan atas kesalahan di bawah Seksyen 5(1)(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pada 9 mei lalu, jam 1.10 petang, sekumpulan lima pegawai Unit Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 545 naskhah Haraki, sebuah penerbitan politik tidak berkala dalam bentuk tabloid, dengan tajuk depan "BLACK 14 CAPAI TARGET" di premis Penerbitan Pemuda, 24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman Gombak, dekat sini.

Menurut Pengarah Urusannya, Ahmad Lutfi Othman, pihaknya akan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuat pembelaan di mahkamah. "Kes ini cukup penting bagi kami kerana ia akan menentukan sejauh mana kebebasan akhbar yang tinggal sisa ini dapat berfungsi. Sudahlah dua penerbitan yang saya usahakan diharamkan tanpa sebab oleh KDN, makalah politik tidak berkala yang diterbitkan hanya sekali itu pun dikira melanggar peraturan."

Ditanya apakah beliau yakin keadilan dapat dicari di mahkamah, Lutfi menjawab: "Semua pihak tahu dengan jawapan itu, saya tidak perlu menghuraikannya lagi. Namun begitu, sekurang-kurangnya perbicaraan kes ini boleh memberikan pendedahan lebih meluas terhadap apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia penerbitan tanahair."


PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"