Make your own free website on Tripod.com

     

Belanjawan 2001
Bukti kerajaan mengganggap Askar polis menghabis beras
Oleh Abang Mejar

29 Oktober 2000

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu diucapkan ucapan paling sayang dan paling manis kepada rakan-rakan Risik Tentera (MIO) & Special Branch di atas ketekunan anda menjalankan tugas perisikan yang diamanahkan oleh "Kerajaan". Tidak dilupakan salam peluk cium untuk rakan-rakan FRU di atas budi-baik anda membelasah rakan-rakan 'civiliance' walaupun sebenarnya di hati sanubari anda, kami tahu terasa 1,001 rasa bersalah yang amat sesal hingga membawa penyesalan hingga ke mati. Anda berdosa dalam hal ini...,

2.Mahukah rakan-rakan MIO, SB dan FRU terus-terusan membenarkan diri anda dijadikan alat pekakas meruntun nafsu serakah seekor mangkuk hayun bernama MAHATHIR dengan kerjasama betina yang paling Warga ATM & PDRM benci selama ini iaitu RAFIDAH AZIZ ?. Tidakkah anda sedar bahawa anda sebenarnya sudah tidak berguna untuk BN/UMNO ?.

3. Ya, kalau benar anda masih berguna kepada BN/UMNO, sudah tentu mereka akan membalas jasa anda dengan memberikan sedikit imbuhan berupa BONUS TAHUNAN kepada anda. Sekarang dah 'confirm' pepatah yang diungkapkan oleh Saudara Anwar Ibrahim: NEGARA KAYA-RAYA, RAKYAT PAPA-KEDANA. Bohongkah ini ?.

BELANJAWAN MENIPU TENTERA & POLIS

4. Saudara-Saudaraku Warga ATM & PDRM yang dikasihi, pembentangan Belanjawan 2001 yang telah dibentangkan oleh Daim Zainuddin (Qarun) semalam sebenarnya adalah terlalu memualkan kita. Janganlah anda tertipu dengan laporan mengampu yang disiarkan melalui TV3 ataupun RTM konon-kononnya adalah Belanjawan Mesra Rakyat. Cuba-cubalah anda rujuk laporan CNN atau Channel News Asia pulak; pasti anda akan rasa dikencing bulat-bulat.

5. Belanjawan Mesra Rakyat kepala hotak dia, kalau mesra rakyat sudah tentu kerajaan akan memikirkan tentang kesusahan yang bakal ditanggung oleh anggota Tentera serta Polis pangkat rendah yang akan berdepan dengan musim perayaan serta musim persekolahan yang bakal tiba dengan memberikan paling tidak sebulan bonus. Inilah lagi satu bukti yang jelas bahawa ekonomi negara masih teruk.

JANGAN PATUH KEPADA KERAJAAN YANG ZALIM

6. Kita bukan minta rakan-rakan Warga ATM & PDRM sampai memberontak ataupun melakukan revolusi. Itu jauh dari hasrat sesiapa pun yang sayangkan negara Malaysia ini. Apa yang kita mahu dari rakan-rakan Warga ATM & PDRM lakukan mulai hari ini adalah:

a. Tanamkan tekad yang jitu iaitu pada Pilihanraya Umum 2004 kelak kalian tidak lagi akan memangkah BN dan menghantar sendiri Undi Pos anda agar tidak dikencing lagi oleh BN/UMNO dengan kerjasama SPR. Ikutilah Seksyen 12 & 13, Akta Pilihanraya 1958 yang dengan jelas membenarkan setiap pengundi Pos menghantar Kertas Undi Pos mereka ke pusat-pusat pembuangan undi awam pada hari Pilihanraya sebelum jam 1700 petang.

b. Mengatakan bahawa kita, Warga ATM & PDRM adalah Kakitangan Awam dan bukannya Kakitangan Kerajaan sebagaimana yang diperuntukan di dalam Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. (Perkhidmatan Awam: Tentera, Polis, Guru, Pegawai Perundangan dan lain-lain adalah Kakitangan atau Penjawat Awam).

c. Sebagai Kakitangan Perkhidmatan Awam, kita kena kerja untuk kebajikan dan faedah orang awam dan bukannya untuk kebaikan Kerajaan BN/UMNO yang telah kencing periuk nasi kita.

d. Jom sama-sama kita jayakan PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT yang akan diadakan pada 5 Nov 2000 nanti.

e. Sebarkan seluas mungkin kegagalan BN/UMNO menjaga kebajikan kita Warga ATM & PDRM kepada rakan-rakan di Kem-Kem dan di Balai-Balai tu. Kerana masih ramai di antara mereka yang masih bangang dengan istilah sebenar di antara KERAJAAN dengan PARTI. Biar mereka mengerti agar akhirnya mereka pun turut menyokong perjuangan kita ini.

f. Jauhkan dari menanam kebencian terhadap negara, kerana kita bertugas dan mengangkat sumpah untuk kepentingan negara Malaysia ini dan bukannya untuk BN/UMNO. Harap faham Skot..., kita mesti bencikan kerajaan BN/UMNO pimpinan Mahathir dan betina sundal Rafidah Aziz tu.

PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT

7. Rakan-rakan SB & FRU yang bakal dikerah ke Jalan Kebun pada 5 Nov 2000 ini ambil perhatian. Inilah kesempatan terbaik untuk anda melakukan protes terhadap ketidakadilan yang telah BN/UMNO buat terhadap kamu selama ini. Sedarlah kamu tak tahu tentang perkara berikut:

a. Gaji Minimum RM1,200.00, siapa yang perjuangkan ?.

Mahathir/Rafidah Aziz atau Kak Wan Azizah.

b. Umur Persaraan Polis Kenapa Tidak 21 Tahun Tempoh Perkhidmatan Sebagaimana Anggota ATM siapa yang perjuangkan ?.

Pak Lah/Rafidah Aziz atau Kak Wan Azizah.

c. Polis & Tentera Kerja Dapat Over Time siapa yang perjuangkan ?

Pak Lah/Najib atau Tuan Haji Annuar Tahir.

d. Bonus Untuk Tentera & Polis siapa yang bising ?

Daim atau Saudara Mahfuz dan Mat Sabu.

8. Tolonglah rakan-rakan ATM & PDRM, sedarlah bahawa sebenarnya kita dah jauh kena kencing. Kena kencing Skot..., Tolonglah sedar rakan-rakan MIO, SB dan FRU. kita dah kena kencing.

9. Dulu kita ambil pendekatan tak mahu campur urusan rakan-rakan 'civiliance' sebab nak tengok perubahan kerajaan dilakukan melalui Pilihanraya Umum 1999. Tapi apa tindakan kita bila Undi Pos kita kena kencing 100% pada Pilihanraya Umum 1999 dulu. Hanya selepas Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang barulah kita dapat menyaksikan rakan-rakan kita di Port Dickson menempelak BN/UMNO melalui ketelusan Undi Pos mereka. Kita kena melawan Skot, jangan asyik 'enggih' aje.

10. Tengok bila rakan-rakan kita di PD melawan, kelam-kabut Kerajaan BN/UMNO nak kaji bantuan PERHEBAT, Skim Bantuan Perniagaan untuk bakal pesara Tentera & Polis dan banyak macam lagi rahsuah mereka. Kita kena belajar melawan untuk kepentingan kita. Kalau tidak, terus-terusanlah kita kena kencing.

11. Kami merayu rakan-rakan ATM & PDRM fikirkanlah secara serius perkara ini. Ini adalah persoalah ahli politik mana yang jujur dan ikhlas dengan ahli politik mana yang asyik kencing merata-rata. Fikirkanlah. Janganlah anda menghancurkan periuk-nasi anda sendiri.

12. Sekian, rayuan ikhlas.

Dengan hormatnya,

Kiriman daripada:
ABANG MEJAR


PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"