Gani
Patail Bakal Peguam Negara
Oleh Pena Suasa
GANI Patail sudah tahu dia disediakan untuk
menjadi Peguam Negara, dalam tempoh setahun dua ini.
Ini adalah habuan. Bukan dia seorang sahaja
yang menikmati habuan kerana berjaya memenjarakan Dato’ Seri
Anwar Ibrahim. Sebelum dia, Mohtar Abdullah diberikan habuan.
Kini Mohtar sudah menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Di kalangan orang-orang politik, mereka
yang mendapat habuan kerana berkonspirasi menjatuhkan Anwar
ialah Aziz Shamsuddin, Daim Zainuddin, Hamzah Zainuddin, Azmi
Khalid, Adnan Mansor (jangan sebut Tengku sebab dia bukan dari
keturunan Tengku) dan ramai lagi.
Itulah sebabnya, Gani mencadangkan supaya
Mohd Ezam Mohd Nor dikenakan ikat jamin RM 50,000 bagi
menyedapkan hati Dr. Mahathir yang sudah menjanjikannya kerusi
Peguam Negara.
Gani sudah menyusun strategi untuk
menjatuhkan Peguam Negara sekarang bagi mempercepatkan lagi
proses dia untuk ke kerusi Peguam Negara.
Kisah seorang yang menembak orang lain di
Seremban boleh dijamin, ada kena mengena dengan usaha memalukan
Ainom.
Rakyat tunggu, apakah saya menuduh tanpa
asas atau benar-benar apa yang saya tuliskan ini.
Gani Patail disediakan untuk menjadi Peguam
Negara dan Aseh Che Mat disediakan untuk menjadi KSN.
Dr. Mahathir mahu mencorakkan Malaysia ikut
suka dia dan beri habuan sesiapa sahaja yang membantunya
menjatuhkan Anwar.
Kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan
Parti Keadilan Nasional (KeADILan), ia mesti ditekan,
diselewengkan dan dimalukan. Nanti, dapat habuan kalau berjaya
menekan.
Sekarang, sesiapa hendak jawatan, walaupun
tidak ada kelulusan, buat kerja-kerja yang boleh melemahkan
pembangkang dan ampu Umno. Gani Patail sedang memulakannya dan
kalau ada kes menembak lagi, Gani boleh minta ia dijamin. Gani
Patail bukan keturunan baik. Dia bangsa bangsat yang perlu
diajar.
Tumbangkan kerajaan pimpinan Mahathir untuk
menyekat segala keburukan ini. |