Oleh
Dinsman
Cukuplah
setakat itu saja. Niat sebenar dia pun kita dah tahu. Pendirian PAS pun orang
semua dah tahu. Cukuplah. Tak perlu nak jumpa dia lagi. Dia saja-saja nak
jumpa saja, sebab perjumpaan itu sangat penting bagi dia.Dia cuma nak
tunjukkan pada orang Melayu, yakni orang Melayu yang masih ada saki-baki yang
menyokong dia, bahawa dia sanggup buat apa saja demi kepentingan Melayu. Dia
sanggup, nak berjumpa dengan PAS pun tak apa, asalkan untuk kepentingan orang
Melayu. Konon. Itu saja.
(Gambar:Buku
Menyanggah Fatwa -Fatwa Mahathir :RM 15.00)
Kerajaan
terperangkap dalam jerat Ezam -- Musa Hitam
Oleh
Wartawan Pemuda
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suhakam, Musa Hitam
menolak dakwaan bahawa demonstrasi selalu membawa kekacauan, sebaliknya
mengingatkan, undang-undang tidak menegah perhimpunan secara
aman."Kalau ikut cara saya, dengan demonstrasi dibenarkan
berdasarkan peraturan yang dipersetujui, kehadiran polis hanya minimal
dan setakat stand by,"
katanya dalam wawancara khas dengan Mingguan
Malaysia
(Gambar:Buku
Laporan Siasatan Anwar RM 15.00)
ADUN
Umno acu pistol
Oleh
Wartawan Pemuda
HULU LANGAT: Malam 26 Februari lalu akan menjadi igauan buruk selamanya
buat seorang pesara Jabatan Perdana Menteri, Jaafar Mohd Arif, 58 tahun,
apabila beliau mendakwa diacu pistol kira-kira tepat di kepalanya, dalam
jarak dekat, oleh Ahli Dewan
Undangan Negeri Beranang, Ahamad Kuris Mohd Nor, di Kampung Bt 15, Bukit
Kundang, dekat sini.
(Gambar.Jaafar Mohd Arif )
5000
Peguam Gesa Adili Siapa Saja Nodai Sistem Kehakiman
Oleh
Wartawan Pemuda
KUALA LUMPUR: Proses mengembalikan semula
keyakinan rakyat terhadap proses keadilan negara harus dimulakan dengan
membetulkan segala kesilapan di masa lalu. Menurut kenyataan
Majlis Peguam Kuala
Lumpur (KLBC), satu suruhanjaya bebas hendaklah dibentuk dengan segera
untuk menyiasat segala salah
laku kehakiman yang berlaku selama ini.
Runding
Perpaduan Melayu Melalui Ahli Parlimen PAS - Umno
Oleh
Wartawan Pemuda
AHLI PARLIMEN Parlimen PAS
Kuala Kedah, Mohamad Sabu, dilaporkan oleh akhbar The Straits Times
Singapura sebagai berkata,
PAS dan Umno lebih berminat
untuk saling menggunakan antara satu sama lain dalam isu rundingan
perpaduan Melayu daripada benar-benar mahukan rundingan itu menjadi
kenyataan. Beliau percaya bahawa
rundingan itu akan gagal sekiranya kedua-dua pihak saling meletakkan
syarat. Mohamad Sabu memberitahu, kedua-dua parti perlu terlebih dahulu
mengadakan perbincangan yang informal dan tidak rasmi
(Gambar:
Buku Pas Mampu Pimpin Malaysia RM 15.00 )
Azizah
Gesa Semua Caj Rawatan Ke Atas Wanita Digugurkan
Oleh
Wartawan Pemuda
KUALA LUMPUR: Perlindungan dan hak
ke atas wanita tidak mungkin dapat
dilaksanakan jika kerajaan yang ada bersifat tidak telus.
Penyalahgunaan kuasa yang berlaku secara terang-terangan sepertimana
menyalahgunakan wang KWSP,
Tabung Haji dan ASN untuk
menyelamatkan sekumpulan ahli perniagaan tertentu adalah bukti pentadbiran
tidak telus dilaksanakan.Presiden keADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail
berkata, lebih 50 peratus penyimpan ASN kaum wanita. Ini akan
menjejaskan pendapatan dan pulangan yang sepatutnya
(Gambar:Buku Diari Lokap "Black 14"
Rm 12.00)
Bina
Lebih Banyak Sekolah Cina-DAP
Oleh
Wartawan Pemuda
KUALA
LUMPUR: DAP menggesa kerajaan membina lebih banyak sekolah Cina
memandangkan terdapat keperluan segera terhadapnya.Pengerusinya, Lim Kit
Siang berkata, sekolah rendah Cina yang baru perlukan didirikan bagi
memenuhi permintaan yang semakin meningkat bukan sahaja dari kalangan
masyarakat Cina malah dari masyarakat bukan Cina juga.
(Gambar:Buku
"Mufti Vs Mahathir " RM 10.00)
Arkib Pemuda.......
Kami
mengalu-alukan kepada pengunjung pengunjung menghantar rencana,berita
dan sebagainya.